Soalan - Soalan Lazim Pinjaman Kereta,Soalan yang biasa dikemukan oleh bakal pembeli kereta baru:
("S" soalan,,, "J" jawapan)
S1. Assalamualaikum Pn., apa maksud gaji bersih?
J1.
W.salam. Gaji bersih bermaksud gaji keseluruhan termasuk elaun, OT dan
lain-lain dan perlu ditolak dengan caruman KWSP dan PERKESO
S2. Saya seorang pelajar IPTS/IPTA, boleh ke saya menbuat pinjaman untuk beli kereta ?
J2. Boleh sekirannya anda mempunyai seorang penjamin (ibubapa).
S3.
Salam...Nak tanya..Saya masih lagi pelajar universiti.. Tapi saya ada
buat bisnes dan income bulanan saya dalam RM2000 sebulan.. boleh ke saya
beli kereta macam orang lain?? tanpa guarantor mak/ayah... Bisnes saya
buat tu dah daftar SSM dan ada current account..
J3.
Maaf. Akaun bank mestilah sentiasa keluar masuk melebihi RM 5000 setiap
bulan (akaun mestilah aktif lebih dari 6 bulan). Jika kurang dari
tersebut anda perlukan seorang penjamin.
S4.
Saya masih belajar.mak gaji xsampai 1500..macam mana? boleh ke saya
mohon utk skim nie???
J4. Boleh,bergantung pada model yang nak mohon (contoh) : Viva RM1500..Myvi&Alza adalah RM2000-RM3000.
S5. Harga kereta yang tertera tu dah termasuk roadtax dan insurans ker?
J5. Ya. harga yang tertera adalah harga jualan termasuk roadtax dan insurans.
S6. Pn. cakap hari tu dapat full loan, kenapa bank perlukan saya bayar muka(downpayment) RM1000.00.
J6.
Kelulusan berkenaan pinjaman adalah dibawah bidang kuasa pihak bank.
Saya hanya membantu untuk mendapatkan pinjaman penuh. Pada kebiasaanya,
kekuatan gaji memainkan peranan penting dalam proses untuk mendapat
pinjaman penuh "full loan"
S7. Saya kakitangan Kerajaan @ GLC, tetapi blacklist, boleh x nak beli kereta baru?
J7. Boleh.dengan syarat buat pemotongan melalui "payslip"/gaji dan blacklist itu tidak dengan "BANK RAKYAT"
S8. Saya kakitangan Swasta, tetapi blacklist, boleh x nak mohon pinjaman kereta baru?
J8. Maaf, saya tidak dapat membantu.
S9. Pn ada tak kaki dalam bank untuk approvekan loan. Saya blacklisted. Nanti saya bagilah duit kopi untuk ejas loan.
J9. Maaf. Saya tiada kaki dalam bank dan saya tidak menerima duit kopi anda. TQ
S10. Gaji saya RM2000 layak tak saya memohon pinjaman untuk Perodua Alza?
J10. Boleh..dengan syarat comitment tak tinggi.
S11. Saya bekerja dengan syarikat swasta, gaji saya RM2000 tp company byr gaji cash. boleh ker saya nak buat pinjaman kereta?
J11. Boleh sekiranya majikan anda mencarum KWSP anda. Jika tidak, anda perlukan seorang penjamin bergaji RM2000 keatas.
S12. Saya baru tamat belajar dari kolej, boleh tak saya nak memohon pinjaman kereta?
J12. Boleh sekirannya anda mempunyai penjamin. Jika tidak ada penjamin mestilah mempunyai surat tawaran kerja terlebih dahulu.
S13. Saya pelajar IPTA, tiada lesen memandu boleh tak nak beli kereta, tp penjamin saya ada lesen?
J13. Boleh sekiranya ibubapa jadi penjamin yang ada lesen.
S12. Saya bekerja disektor swasta@kerajaan, saya tiada lesen memandu boleh x saya nak beli kereta?
J12. Boleh. sediakan seorang penjamin yang ada lesen memandu.
S13. Macam mana yer nak berurusan dengan Pn. untuk beli kereta baru?
J13.
Anda boleh datang ke showroom saya atau anda boleh emelkan dokumen yang
diperlukan atau faxkan sahaja. Selepas pinjaman lulus, saya akan
ketempat anda bagi proses untuk tandatangan perjanjian beli kereta.
Selepas itu, kereta yang diminta boleh diambil di showroom atau saya
hantar ke tempat anda.
S14. Saya dah dua tiga kali cuba buat pinjaman untuk beli kereta baru, tetapi gagal, kenapa yer Pn?
J14.
Ada dua kemungkinan, pertama mungkin gaji anda kurang dari syarat
minimum untuk beli kereta. kedua kemungkinan nama anda telah disenarai
hitam.
S15. Saya tidak pasti sama ada saya telah blacklist atau tak? boleh Pn. tolong cek tak?
J15.
Semakan sama ada anda blacklisted atau tidak, saya tidak dapat semak.
Saya sarankan anda pergi ke Bank Negara berhampiran untuk semakan.
S16. Pn. jual kereta Second hand tak? saya berminat untuk beli Kancil 850.
J16. Jika kebetulan ada dalam simpanan saya yang pelanggang sebelum ni trade in,saya boleh membantu anda.
S17. Saya nak beli kereta baru, boleh tak saya nak trade ini kereta saya?
J17. Boleh, tidak menjadi masalah.
S18:
Saya nak tahu dimana boleh saya memohon skim ini.saya pelajar Institut
Pendidikan Guru, lagi setahun tamat, terima elaun dan akan terus posting
selepas tamat belajar. saya menepati semua syarat yang ditetapkan.
boleh ke saya tidak menggunakan penjamin sekiranya saya terus posting lagi
setahun?
J18. Maaf, anda perlukan seorang penjamin selagi anda tidak mendapat SURAT TAWARAN KERJA dari kerajaan. Terima kasih.
S19. Selamatkah berurusan secara online untuk beli kereta?
J19.
Selamat dan mudah..tapi jika anda was-was dan tidak yakin, saya
menjemput anda untuk datang ke showroom saya untuk proses jual beli
kereta baru anda. Terima kasih
S20.
Saya nak beli kereta baru dan trade in kereta lama. Tp Pn. cakap kereta
lama saya tu laku RM8000 sahaja untuk trade in, tp hutang dengan bank
masih ada RM11000 untuk settel. Mcm mana nak buat yer pn?
J20.
Jika hutang masih berbaki RM11000 dengan bank dan nilai kereta tersebut
RM8000, anda perlu tambah duit "top up" perbezaan nilai tersebut.
S21. Saya bekerja sendiri, tiada slip gaji, tiada akaun bank dan tiada dokumen.. Bolehkan saya memohon untuk membeli kereta baru?
J21. Boleh sekiranya anda mempunyai seorang penjamin.
S22.
Gaji kasar saya RM 4000, gaji bersih saya RM 2000. Saya merupakan
kakitangan kerajaan, tetapi kenapa bank tidak meluluskan pinjaman untuk
pembelian kereta Perodua Myvi yang saya mohon? Saya tidak blacklisted
dan rekod CCRIS saya cantik.
J22.
Kemungkinan kegagalan pinjaman adalah disebabkan beberapa faktor.
Kemungkinan besar comitment (hutang) diluar penyata gaji adalah tinggi..
Contohnya:
gaji RM 4000 - hutang dalam slip gaji RM2000 dan hutang luar dari Slip
gaji (kredit kad, rumah dll) RM 1500. Secara mudahnya bank akan menolak
permohonan ini disebabkan baki pendapatan anda ialah RM 500.